Friday, August 31, 2007

Merdeka Ke-50

Sedar tak sedar kita sudah 50 tahun merdeka. Merdeka dari pada penjajah-penjajah yang datang ke tanah air kita untuk mengaut hasil bumi kita. Sekarang kita sudah merdeka, merdeka dari kuasa asing. kita sendiri yang akan menentukan hala tuju dan matlamat kita.

Dalam menyambut kemerdekaan yang ke 50 kali ini. terfikir plak pada kisah penduduk di zaman jahiliah. Zaman sebelum kedatangan Nabi besar kita, Muhammad S.A.W. Kehidupan masyarakat jahiliah pada ketika itu amat dahsyat, anak perempuan di tanam hidup-hidup, amalan riba amat berleluasa, hiburan di sana sini dan pesta-pesta yang menyajikan puisi-puisi yang memuja kepada kecantikan wanita di merata-rata. Tetapi setelah kedatangan Rasulullah S.A.W. Baginda berjaya memerdekakan masyarakat Makkah jahiliah dari amalan-amalan yang merosakkan itu dari terus melarat dan menghancurkan kaum itu sendiri. Malahan masyarakat Makkah terus maju di bawah amalan dan cara hidup yang telah di tentukan oleh Islam, mereka meninggalkan amalan terkutuk yang mana mereka telah lakukan pada masa yang lalu.

Keadaan ini seolah-olah berlainan dengan apa yang terjadi di negara kita. Setelah 50 tahun merdeka masih lagi berlaku kejadian buang bayi, rasuah, pelacuran dan penagihan dadah. Kita sepatut nye menumpu kan perhatian ke arah untuk terus memajukan negara kita dengan berlandaskan tatacara yang telah di tentu kan oleh Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Islam iaitu "khulafak al-rashidi' telah berjaya memajukan negera.

Kiter selaku generasi selepas merdeka perlu menyambung perjuangan nenek moyang kiter, mereka telah memainkan peranan nya dengan memerdeka kan negara untuk kiter. Sekarang kita plak yang perlu memainkan peranan kita dengan mengekalkan keamanan dan memastikan negara ini terus maju serta selamat untuk di diami untuk anak-anak kita di masa hadapan.

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Monday, April 30, 2007

Kisah Kain Pelekat.. :D

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang."

Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya.
Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap.

Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"

Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya.
Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya.

Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya.
Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan, akhirnya dia ke tandas awam.

Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat,
kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak"

Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa,
kan abang pakai seluar panjang baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "eeeIhhhhhhhhh. ..bangg, panjang nyerrr..."

Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah masih ada ½ meter lagi"...

ahakss!!!!

Manusia Yg Mendapat Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)

Wednesday, April 11, 2007

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidakkitaketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak,hampirajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanyamimikmukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkandiriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkandiri, jangan berkata apa-apa pun semasa azanberkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyakfadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dandiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukanlidahnyaketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba makakitatidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapayangdapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgnizinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepadaAllahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagimulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasasakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasaterlalulama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandinganbola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yangberfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

80% of M'sians going to UK to study law?

UK Immigration Officer: Purpose of visit?
Visitor: I'm here to study law, sir.
Officer: You know, you must have a lot of lawyers in Malaysia .
Visitor: Why do you say that?
Officer: Well, I've been here for a good twenty years, and I'd say 80% of Malaysians I see here say they're here to read law.

Visitor: Oh, really? That's really something I never knew. Hard to believe in fact.
Officer: Just you watch, then. You just stand here until the next Malaysian comes along, and I'll bet he's here to read law.

*Visitor waits for 5 mins, Ah Chong from Malaysia comes to immigration counter*

Officer: Mr. Ah Chong, purpose of visit?
Ah Chong: Study lorr...

Bila RM50 Jupe dgn RM2...

Good one! At first macam funny but look at the hidden meaning!
Wassalaam

Duit RM2 bertemu dengan RM50 lalu bertanya;
"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 pUN menjawab;

" Dah merata tempat aku pergi.... Pergi stadium tgk bola,Naik STAR Cruise,gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY, tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM2 menjawab perlahan seraya menunduk;

"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..Surau, Masjid, Surau... ".


p/s: fikirkanlah

Friday, March 16, 2007

Wanita Melayu....

1. Kecantikan seorang wanita melayu ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki melayu ialah terletaksejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.....

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita melayu menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang lahad.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis melayu dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita melayu bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita melayu tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita melayu hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita melayu adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita melayu lebih cepat daripada lelaki melayu dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita melayu tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita melayu jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita melayu sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita melayu selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita melayu hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita melayu terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita melayu yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiapkali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita melayu yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki melayu yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita melayu tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicaradan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita melayu yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita melayu pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita melayu menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

44 Pantang Larang Pengantin.. dari masyarakat melayu

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin melayu zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat tak pasti dari kaum melayu atau mana-mana kaum)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri (kenape senyum....?)

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok( orang melayu islam tak minum arak kan..?? alhamdulilah..)

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.( Petua org melayu dulu2 tak cakap pun boleh ke tidak pakai fair n lovely.. em.. boleh kot? jadik putih jugakkan..? hehehe...)

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.(yang nie bagus.. tima kasih kepada org melayu dulu2...)

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (hahaha... jgn ngada-ngada nak tunjuk mesra dgn keluarga bakal suami.. lepas kawin ok, nop problem...)

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.(org melayu dulu2 marah sangat nie, tapi skrg nie tak bujang lah tak kuar malam kan.. hehehe..fikir2kanlah..)

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. (ni bahaya ni, mana tahu kalu2 musuh ketat masa tackle bini dulu muncul kembali.. " i'm back,hahahha!!!!...")

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. (pergh!!!.. org melayu dulu2 simbolik tul petua dia...)

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. (mana lagu 'Ayam' Jalil Hamid)

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Sesungguhnya masyarakat melayu kite dulu indah dgn gaya hidup yang tersusun dgn pantang larang. Tapi sekarang orang melayu dah tak dihiraukan lagi pantang larang, itu yang hidup kurang tersusun sikit tu( menggelupor ajer.. ) nmpk gaya kita kena kembali ke asal usul adat kehidupan org melayu.

Wednesday, March 14, 2007

Singapura

Sebenornya, Singapura mendapat nama dari satu peristiwa yang berlaku di sebuah kampung nelayan di tepi pantai. Kisahnya begini, kapal dagang dari India yang hendak ke Negeri China melalui kawasan kampung nelayan tersebut. Nelayan-nelayan di kampung tepi pantai itu ramai-ramai melambai-lambai tangan kepada kapal dagang tersebut sambil melaungkan "SINGGAH, SINGGAH, SINGGAH" dengan harapan kapal dagang India itu akan berlabuh di kampung mereka dan dapatlah mereka berjual beli.

Anak-anak kapal dagang dari India pula tidak mahu singgah sebab ketika itu Pulau Singapura belum dimajukan lagi, lalu mereka membalas dengan melaungkan pula "PORRAH, PORRAH!"

Gabungan dari dua perkataan itu "SINGGAH" dan 'PORRAH' maka jadilah SINGAPURA!
(Sejarah yang tak boleh dipercayai.. kuikuikui!!)

Thursday, March 8, 2007

Sejarah Melaka dan mengapa Kedah & Perlis tak diserang

PADA HARI INI dalam tahun 1508...Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara (melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera)

1509
Portugis menhantar perisik ke melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511
alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1513
setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1514
alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan p.pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Semiggu selepas Feb 1915
Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3.
selamat pagi tuan Alfonso
alfonso : selamat pagi
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang
alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)
Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

hehehe...
*tiada sebarang fakta untuk dipercayai.. sekadar hiburan sahaja...

Wednesday, March 7, 2007

Jangan Manis Terus Di Telan..

" Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang, kerana manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan "
– Lukman nul-Hakim

Selalunya manusia memang begitu. Setiap yang payah tidak ingin dilakukan, hanya perkara yang senang menjadi pilihan. Dari sudut motivasi ia bagus kerana dengan itu terciptalah pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan harian manusia. Dengan kereta, perjalanan jadi selesa dan cepat; dengan periuk elektrik memasak nasi menjadi perkara yang mudah; dengan adanya lif tidak perlu lagi memanjat tangga.

Kemahuan untuk senang membuatkan manusia mencipta pelbagai peralatan semasa. Ternyata kehidupan menjadi begitu menarik dan indah sekali.
Sayangnya, seolah-olah telah tertanam satu tabiat pada diri manusia – kesenangan adalah mesti. Maka tidak kurang ramainya manusia mencari kesenangan walau terpaksa menempuh jalan yang silap.

Menipu itu mungkin mudah berbanding bekerja membanting tulang, lalu nisbah si penipu yang mendiami bumi kian bertambah. Merampas harta orang dengan jalan yang tidak dibenarkan itu mungkin lebih mudah berbanding berusaha keras membina harta, lalu perbuatan seperti ini tidak pernah ada kesudahan.

Tabiat mahu yang senang sepanjang masa dan setiap masa telah menimbulkan sikap takut dengan cabaran atau lemah menghadapi cabaran. Sedangkan ayam kampung, dengan dibiarkan hidup mencari makanan sendiri terbukti payah sekali untuk ditangkap untuk disembelih, berbanding ayam sangkar yang terlalu dimanjakan hingga tulang temulangnya lembut dan rapuh.

Untuk tahan sakit seseorang itu perlu disakiti selalu. Maka itu, ahli gusti mampu melakukan pelbagai aksi yang menyakitkan tanpa begitu berasa sakit. Stamina seorang pelari jarak jauh bergantung kepada sekerap mana dan sehebat mana dia berlari setiap hari. Semua ini menyakitkan tetapi itulah yang menjadikan mereka kuat dan luar biasa sekali.

Maka itu, untuk menjadi orang yang kuat dalam mendepani cabaran-cabaran hidup, cabaran itu perlu ditempuh apabila terpaksa ditempuh, biarpun ia amat menyakitkan sebab sudahnya adalah kekuatan. Usah memilih yang manis sahaja sebab gula penyebab diabetes, sedangkan tongkat ali yang pahit itu adalah penguat tenaga.

Suatu hari, sepasang suami isteri sedang mandi di dua bilik air yang berasingan, loceng rumah mereka berbunyi. Setelah dan berdolak-dalik, akhirnya Munah mengalah lalu pergi membuka pintu dengan hanya berkemban dan menutup kepalanya dengan tuala. Di luar rupanya Awang, jiran sebelah. Melihatkan keadaan wanita itu, Awang tersenyum dan dia berkata, "Bukalah tuala tu saya akan hadiahkan RM800."

Wah, sekadar membuka tuala sudah mendapat RM800. Tentu Ahmad pun gembira mendengar berita ini, fikir Munah. Dia pun membuka tuala yang menutup kepalanya. Sebelum sempat Awang berkata apa-apa Munah sudah menutupnya kembali dan menadahkan tangan. Awang memberinya RM800, sebelum tersenyum lalu pergi.

Munah tergesa-gesa hendak memberitahu Ahmad. Jika begitu mudahnya mendapat wang, hidup sudah menjadi teramat manis.
"Siapa yang datang?" pekik Ahmad dari bilik mandi.
"Awang jiran sebelah."
"Oooo." Keadaan senyap seketika. " Ada tak dia bagi RM800? Dia kata nak bayar hutang dia hari ni."

Maka itu, usah terlalu terliur dengan perkara yang menyeronokkan sebab boleh jadi ia petaka dan usah terlalu cerewet dengan hal yang tidak menyeronokkan, boleh jadi ia penyebab bahagia

Friday, March 2, 2007

Renung-renungkan lah sejenak..

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Tuesday, February 27, 2007

Kebesaran Solat 2 Rakaat

Assalammualaikum waramatulllahi wabarakahtuh
Ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian.....
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurg Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
SesungguhnyaAllah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam....

Jangan Menyibuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas.

Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.

Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Dinding.

Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagim, si-pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa.Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun"."Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Punco Sobonar Kejatuhan Melaka

Al-kisah eh.. punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis

bukanlah seperti yg sering diwar-warkan kepado kito. Ginilah cerito

sobonar eh....

*Sultan Melaka telah mendapat perkhabaran dari hulubalangnya,bahawa perairan Selat Melaka telah dipenuhi dengan kapal perang Portugis.Menyedari hakikat bahawa kerajaannya tidak mahir untuk menyusun strategi peperangan.. maka Sultan telah menitahkan bendaharanya supaya pergi keNegeri Sembilan untuk meminta bantuan.

Setibanya di Sg. Ujong (sekarang soromban).. bendahara Melaka telah mengadap Sultan N9 dan menyatakan hajatnya Sultan Melaka untuk meminta bantuan kerajaan N9 memerangi askar Portugis yg mahu menakluki Melaka.

Sultan N9 dengan berbesar hati ingin membantu dan mengerahkan seorang panglimanya yg paling gagah berani serta bijak merencanakan strategi peperangan untuk membantu Melaka.

Maka dengan itu berangkat pulanglah bendahara tersebut bersama-sama dgnpanglima N9 ke Melaka. Setibanya di Melaka.. panglima N9 dengan tidak melengahkan masa menyusun strategi askar-askar Melaka di tepian pantai Melaka. Pada masa ini..telah kelihatan banyak kapal-kapal Portugis telah menghampiri kawasan pantai Melaka.

Panglima N9 pun berkata ; " Bilo den bagi tando untuk mulokan sorangan..semuo bersedio.. paham ?!! ".. disertai dengan sorakan askar-askar Melaka.

Tiba saat yg ditunggu.. kapal Portugis pun berlabuh dan turunlah askarnya satu persatu memikul senjata. Panglima N9 pun menjerit..

" SORANNGGGG.. .!!!!! "

.. maka bangunlah SEORANG askar Melaka.. baru melangkah dua tapak.. mati kena tembak. Panglima N9 jerit lagi..

" SORANG LAGIIII...!! !!! "

..bangun seorang lagi askar Melaka.. mati jugak kena tembak....

Terkejut panglima N9 tadi bila toleh kebelakang dilihatnya kesemua askar Melaka telah pun habis mati ditembak,maka cepat dia berhenti dan mengajak kesemua askar N9 balik N9 semula.

Begitulah kesudahannya. . sampai habis semua askar melaka.. sorang bangun.. mati.. sorang bangun..mati. So.. moral of the story.. Melaka tewas di tangan Portugis adalah kerana masalah bahasa.

Sunday, February 25, 2007

Tea Times...!!!!!
















Makcik Yang Sakit

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu... ,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."