Monday, April 30, 2007

Kisah Kain Pelekat.. :D

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar: " Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang."

Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya.
Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap.

Kata tukang jahit; "encik..., seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik"

Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya.
Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya.

Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya.
Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat. Ditengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan, akhirnya dia ke tandas awam.

Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya , dan lupa memakai seluar panjang barunya.

Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat,
kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak"

Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa,
kan abang pakai seluar panjang baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "eeeIhhhhhhhhh. ..bangg, panjang nyerrr..."

Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah masih ada ½ meter lagi"...

ahakss!!!!

Manusia Yg Mendapat Doa Para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf – saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
I/272)

Wednesday, April 11, 2007

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidakkitaketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak,hampirajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanyamimikmukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkandiriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkandiri, jangan berkata apa-apa pun semasa azanberkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyakfadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dandiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukanlidahnyaketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba makakitatidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapayangdapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgnizinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepadaAllahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagimulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. ."semasasakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasaterlalulama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandinganbola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yangberfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

80% of M'sians going to UK to study law?

UK Immigration Officer: Purpose of visit?
Visitor: I'm here to study law, sir.
Officer: You know, you must have a lot of lawyers in Malaysia .
Visitor: Why do you say that?
Officer: Well, I've been here for a good twenty years, and I'd say 80% of Malaysians I see here say they're here to read law.

Visitor: Oh, really? That's really something I never knew. Hard to believe in fact.
Officer: Just you watch, then. You just stand here until the next Malaysian comes along, and I'll bet he's here to read law.

*Visitor waits for 5 mins, Ah Chong from Malaysia comes to immigration counter*

Officer: Mr. Ah Chong, purpose of visit?
Ah Chong: Study lorr...

Bila RM50 Jupe dgn RM2...

Good one! At first macam funny but look at the hidden meaning!
Wassalaam

Duit RM2 bertemu dengan RM50 lalu bertanya;
"Oii,lama tak nampak, mana kau pergi?"

RM50 pUN menjawab;

" Dah merata tempat aku pergi.... Pergi stadium tgk bola,Naik STAR Cruise,gi BKK naik AirAsia, lepak kat VIVO CITY, tgk konsert Siti Nurhalizala , S'pore Idol la.. ...banyak sangat tempat sampai tak terkira..... Eh, kau camner lak?"

RM2 menjawab perlahan seraya menunduk;

"Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama..Surau, Masjid, Surau... ".


p/s: fikirkanlah