Tuesday, February 27, 2007

Punco Sobonar Kejatuhan Melaka

Al-kisah eh.. punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis

bukanlah seperti yg sering diwar-warkan kepado kito. Ginilah cerito

sobonar eh....

*Sultan Melaka telah mendapat perkhabaran dari hulubalangnya,bahawa perairan Selat Melaka telah dipenuhi dengan kapal perang Portugis.Menyedari hakikat bahawa kerajaannya tidak mahir untuk menyusun strategi peperangan.. maka Sultan telah menitahkan bendaharanya supaya pergi keNegeri Sembilan untuk meminta bantuan.

Setibanya di Sg. Ujong (sekarang soromban).. bendahara Melaka telah mengadap Sultan N9 dan menyatakan hajatnya Sultan Melaka untuk meminta bantuan kerajaan N9 memerangi askar Portugis yg mahu menakluki Melaka.

Sultan N9 dengan berbesar hati ingin membantu dan mengerahkan seorang panglimanya yg paling gagah berani serta bijak merencanakan strategi peperangan untuk membantu Melaka.

Maka dengan itu berangkat pulanglah bendahara tersebut bersama-sama dgnpanglima N9 ke Melaka. Setibanya di Melaka.. panglima N9 dengan tidak melengahkan masa menyusun strategi askar-askar Melaka di tepian pantai Melaka. Pada masa ini..telah kelihatan banyak kapal-kapal Portugis telah menghampiri kawasan pantai Melaka.

Panglima N9 pun berkata ; " Bilo den bagi tando untuk mulokan sorangan..semuo bersedio.. paham ?!! ".. disertai dengan sorakan askar-askar Melaka.

Tiba saat yg ditunggu.. kapal Portugis pun berlabuh dan turunlah askarnya satu persatu memikul senjata. Panglima N9 pun menjerit..

" SORANNGGGG.. .!!!!! "

.. maka bangunlah SEORANG askar Melaka.. baru melangkah dua tapak.. mati kena tembak. Panglima N9 jerit lagi..

" SORANG LAGIIII...!! !!! "

..bangun seorang lagi askar Melaka.. mati jugak kena tembak....

Terkejut panglima N9 tadi bila toleh kebelakang dilihatnya kesemua askar Melaka telah pun habis mati ditembak,maka cepat dia berhenti dan mengajak kesemua askar N9 balik N9 semula.

Begitulah kesudahannya. . sampai habis semua askar melaka.. sorang bangun.. mati.. sorang bangun..mati. So.. moral of the story.. Melaka tewas di tangan Portugis adalah kerana masalah bahasa.

No comments: