Tuesday, February 27, 2007

Kebesaran Solat 2 Rakaat

Assalammualaikum waramatulllahi wabarakahtuh
Ingatan untuk diri saya dan rakan2 sekalian.....
KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurg Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
SesungguhnyaAllah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.

Wallahualam....

Jangan Menyibuk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas.

Apa lagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ke tandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,"Haa, camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal.

Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi, "Kau nak gi mana ni??" Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Dinding.

Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagim, si-pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si-pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa.Dia berpaling kepada si-pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun"."Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkandengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkanrantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAINWALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Punco Sobonar Kejatuhan Melaka

Al-kisah eh.. punco sobonar kejatuhan kerajaan Melaka pd Portugis

bukanlah seperti yg sering diwar-warkan kepado kito. Ginilah cerito

sobonar eh....

*Sultan Melaka telah mendapat perkhabaran dari hulubalangnya,bahawa perairan Selat Melaka telah dipenuhi dengan kapal perang Portugis.Menyedari hakikat bahawa kerajaannya tidak mahir untuk menyusun strategi peperangan.. maka Sultan telah menitahkan bendaharanya supaya pergi keNegeri Sembilan untuk meminta bantuan.

Setibanya di Sg. Ujong (sekarang soromban).. bendahara Melaka telah mengadap Sultan N9 dan menyatakan hajatnya Sultan Melaka untuk meminta bantuan kerajaan N9 memerangi askar Portugis yg mahu menakluki Melaka.

Sultan N9 dengan berbesar hati ingin membantu dan mengerahkan seorang panglimanya yg paling gagah berani serta bijak merencanakan strategi peperangan untuk membantu Melaka.

Maka dengan itu berangkat pulanglah bendahara tersebut bersama-sama dgnpanglima N9 ke Melaka. Setibanya di Melaka.. panglima N9 dengan tidak melengahkan masa menyusun strategi askar-askar Melaka di tepian pantai Melaka. Pada masa ini..telah kelihatan banyak kapal-kapal Portugis telah menghampiri kawasan pantai Melaka.

Panglima N9 pun berkata ; " Bilo den bagi tando untuk mulokan sorangan..semuo bersedio.. paham ?!! ".. disertai dengan sorakan askar-askar Melaka.

Tiba saat yg ditunggu.. kapal Portugis pun berlabuh dan turunlah askarnya satu persatu memikul senjata. Panglima N9 pun menjerit..

" SORANNGGGG.. .!!!!! "

.. maka bangunlah SEORANG askar Melaka.. baru melangkah dua tapak.. mati kena tembak. Panglima N9 jerit lagi..

" SORANG LAGIIII...!! !!! "

..bangun seorang lagi askar Melaka.. mati jugak kena tembak....

Terkejut panglima N9 tadi bila toleh kebelakang dilihatnya kesemua askar Melaka telah pun habis mati ditembak,maka cepat dia berhenti dan mengajak kesemua askar N9 balik N9 semula.

Begitulah kesudahannya. . sampai habis semua askar melaka.. sorang bangun.. mati.. sorang bangun..mati. So.. moral of the story.. Melaka tewas di tangan Portugis adalah kerana masalah bahasa.

Sunday, February 25, 2007

Tea Times...!!!!!
















Makcik Yang Sakit

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah mengganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu... ,dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab, "Ok,sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali."Tuan doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."