Wednesday, March 14, 2007

Singapura

Sebenornya, Singapura mendapat nama dari satu peristiwa yang berlaku di sebuah kampung nelayan di tepi pantai. Kisahnya begini, kapal dagang dari India yang hendak ke Negeri China melalui kawasan kampung nelayan tersebut. Nelayan-nelayan di kampung tepi pantai itu ramai-ramai melambai-lambai tangan kepada kapal dagang tersebut sambil melaungkan "SINGGAH, SINGGAH, SINGGAH" dengan harapan kapal dagang India itu akan berlabuh di kampung mereka dan dapatlah mereka berjual beli.

Anak-anak kapal dagang dari India pula tidak mahu singgah sebab ketika itu Pulau Singapura belum dimajukan lagi, lalu mereka membalas dengan melaungkan pula "PORRAH, PORRAH!"

Gabungan dari dua perkataan itu "SINGGAH" dan 'PORRAH' maka jadilah SINGAPURA!
(Sejarah yang tak boleh dipercayai.. kuikuikui!!)

No comments: