Merdeka Ke-50
Sedar tak sedar kita sudah 50 tahun merdeka. Merdeka dari pada penjajah-penjajah yang datang ke tanah air kita untuk mengaut hasil bumi kita. Sekarang kita sudah merdeka, merdeka dari kuasa asing. kita sendiri yang akan menentukan hala tuju dan matlamat kita.
Dalam menyambut kemerdekaan yang ke 50 kali ini. terfikir plak pada kisah penduduk di zaman jahiliah. Zaman sebelum kedatangan Nabi besar kita, Muhammad S.A.W. Kehidupan masyarakat jahiliah pada ketika itu amat dahsyat, anak perempuan di tanam hidup-hidup, amalan riba amat berleluasa, hiburan di sana sini dan pesta-pesta yang menyajikan puisi-puisi yang memuja kepada kecantikan wanita di merata-rata. Tetapi setelah kedatangan Rasulullah S.A.W. Baginda berjaya memerdekakan masyarakat Makkah jahiliah dari amalan-amalan yang merosakkan itu dari terus melarat dan menghancurkan kaum itu sendiri. Malahan masyarakat Makkah terus maju di bawah amalan dan cara hidup yang telah di tentukan oleh Islam, mereka meninggalkan amalan terkutuk yang mana mereka telah lakukan pada masa yang lalu.
Keadaan ini seolah-olah berlainan dengan apa yang terjadi di negara kita. Setelah 50 tahun merdeka masih lagi berlaku kejadian buang bayi, rasuah, pelacuran dan penagihan dadah. Kita sepatut nye menumpu kan perhatian ke arah untuk terus memajukan negara kita dengan berlandaskan tatacara yang telah di tentu kan oleh Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Islam iaitu "khulafak al-rashidi' telah berjaya memajukan negera.
Kiter selaku generasi selepas merdeka perlu menyambung perjuangan nenek moyang kiter, mereka telah memainkan peranan nya dengan memerdeka kan negara untuk kiter. Sekarang kita plak yang perlu memainkan peranan kita dengan mengekalkan keamanan dan memastikan negara ini terus maju serta selamat untuk di diami untuk anak-anak kita di masa hadapan.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!